Alam dicemari alam Hutan_tropika

Sumber semula jadi seperti gunung berapi Pinatubo, Unzen, Hudson mencurahkan lebih 650 juta ton. Ini bermakna penipisan ozon jika benar berlaku adalah disebabkan oleh alam semulajadi.

Momokan pemanasan iklim sejagat hanyalah berdasarkan model-model rekaan komputer semata-mata. Sebenarnya model-model rekaan komputer masih gagal meramalkan iklim akan datang secara tepat. Pada suatu ketika model ini mendakwa Zaman Air Batu akan berlaku 50 tahun lagi. Bandar raya New York akan diselaputi glasier setinggi satu meter. Pada masa yang lain mreka meramalkan bumi menjadi lebih panas dalam masa 100 tahun lagi.

Negara maju mendakwa karbon dioksida dan nitrogen yang dikeluarkan menerusi industri dan pengangkutan boleh diserap oleh sistem hutan.